Ayam Goreng Berlada
 
Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 12).
5 camca cili boh.
10 ulas bawang merah (ditumbuk).
1 camca gula.
Garam.
Serbuk perasa.
2 ulas bawang besar.
2 camca sos tomato.
2 hiris halia (ditumbuk).

Cara Membuat:
  1. Gaulkan ayam dengan halia dan garam.
  2. Perap selama 5 minit dan digoreng.
  3. Tumiskan bawang merah dan cili boh sehingga garing.
  4. Kemudian masukkan ayam, bawang besar, sos tomato, garam, gula, dan serbuk perasa.
 

Ikan Pekasam

Bahan-bahan :

250gram ikan pekasam.
20 biji cili padi.
1/2 biji kelapa (asingkan santan pekat dan cair).
3 ulas bawang merah kecil (dimayang).
10 biji belimbing.
Belacan (secukup rasa).
Pelbagai ulam-ulaman (pucuk ubi, pucuk labu, pucuk paku, pucuk kankung, rias pisang, dan lain-lain).

Cara Memasak :

  1. Rebus pelbagai ulam-ulaman dan kemudian ketepikan.
  2. Jerang santan cair. Kemudian masukkan bawang, cili api, asam belimbing, dan belacan.
  3. Masukkan ikan pekasam dan kacau sehingga hancur. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat. Masak sehingga mendidih.
  5. Hidangkan bersama pelbagai ulam-ulaman.
 
 

Nasi Goreng Special

BAHAN-BAHAN:

2 cawan nasi.
4 ulas bawang putih (dicencang).
4 ulas bawang merah (dimayang halus).
1/2 batang lobak merah (dihiris nipis).
1/4 biji kubis (dihiris halus).
2 ketul ayam (ambil dagingnya sahaja dan dipotong dadu).
2 biji telur.
2 ekor udang harimau.
2 tangkai daun sup (dihiris halus).
Sedikit daun kari.

CARA MEMBUATNYA:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak untuk menumis.

  2. Bila minyak panas, tumis bawang putih, bawang merah, dan daun kari sehingga garing dan berbau wangi.

  3. Masukkan udang dan ayam.

  4. Pecahkan dua biji telur ke dalam kuali dan gaul sebati.

  5. Masukkan lobak merah dan kubis.

  6. Masukkan nasi dan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati.

  7. Masukkan sedikit kicap, cili merah, dan daun sup. Gaul sebati.